Bismillahirrahmanirrahim..
Santai saja ye entri kali ini...(^_^)
Hmmm..Penat? Lelah? Letih?
Sering juga hati kecil ini mengeluh. Terasa semakin hari semakin memberat tanggungjawab. Minggu lepas sahaja setiap hari kelas dari pagi sampai ke malam. Dan setiap hari ada saja report dan assignment perlu dihantar. Setiap malam tidur jam 3-4 pagi. Saya ni pula jenis yang nak 'perfect' je semua benda. Sebab tu habiskan banyak masa utk satu2 tugas tersebut. =( Dan minggu ni exam midsem menambah beban dengan exam yg berturut-turut setiap hari. Rasa cemburu sangat tengok sahabat lain tak sengsara menelaah nota-nota dengan tekunnya sepanjang masa. Dan hujung minggu ni pula, ketika orang lain balik bercuti, tapi saya pula perlu ke kelas, pagi sampai petang pada hari sabtu dan ahad. Terpaksa korbankan cuti sekejap walau dalam hati hanya ALLAH je yg tau macam mana menggunungnya rindu kat rumah..(jangan terpaksa, kena IKHLAS..!ok.;-)
Wah, panjangnya keluhan..! Tak pernah lagi saya luahkan rasa hati di sini. Sebab tu saya katakan tadi ini entri yg santai2 saje. Sebab dah penat sangat tengok nota-nota yg bertimbun setiap masa. Bukan tengok je tau, mesti BACA dan FAHAM! (jawab dalam hati:"Baiklah..")
Menyesal ke ambil course optometry ni? Ah, jangan begitu wahai mujahidah! Kan ALLAH dah jelaskan dalam ayat-Nya, hanya orang kafir sahaja yang punyai sifat putus asa. Optometry ni walau agak 'tough', tapi ia sangat2 BEST! Erm, tak perlulah cerita sekarang macam mana bestnya opto ni. Banyak lagi tak baca utk exam esok. huhu..Ada masa nanti bolehlah kita berkongsi lagi ye..=)
Satu lagi perkara nak kongsi. Sejak kebelakangan ni, saya 'terpikat' dengan satu lagu nasyid ni. Begitu menyentuh jiwa. Bila hayati liriknya, hati mudah tersentuh.
******************************************
Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu
Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..
c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu
******************************************
Sedih kan lagu ni? Tajuknya 'Andai Aku Di Sisimu' oleh Hafiz Hamidun. Kalau belum dengar lagi tu, nanti boleh la nak search kat youtube. Rentak dan irama dia pun sangat best, sedap didengar..=)
Intipati lagu ni yang boleh saya simpulkan, kita sebagai hamba ALLAH tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Fitrah manusia, ketika melakukan kesalahan, jarang sekali kita tersedar akan silapnya perbuatan tersebut. Tapi ALLAH sangat kaya dengan sifat Pengampun-Nya. DIA tak pernah biarkan hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Maka, carilah masa utk meminta keampunan kepada-Nya atas banyaknya khilaf kita, hamba yang penuh noda.
Juga, bebanan dan taklifan yang ALLAH anugerahkan kepada kita, bukan kerana DIA mahu memberatkan hamba-Nya, tetapi dengan banyaknya bebanan dan masalah itulah yang akan lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya. Sebab tu saya suka sangat dengar lagu ni saat terasa tidak berdaya utk meneruskan permusafiran di dunia fana ini. Jangan pernah berhenti mengadu kepada-Nya, kerana DIAlah sebaik-baik tempat mengadu. Bila ALLAH uji, tandanya DIA sayangkan kita. Kalau lihat balik sejarah Firaun dan Qarun, mereka tidak diuji dengan kesusahan, bahkan dianugerahkan lagi kekayaan dan nikmat dunia yg melimpah ruah. Sebab itulah mereka terus tersesat sampai ke akhir hayat mereka.
Okey, setakat ini dulu coretan saya utk kali ni. Nak sambung study pulak. (",) Saya doakan sahabat2 sekalian dipermudahkan di dalam exam kali ni dan diberi kekuatan utk mengharungi anugerah kehidupan dari-Nya...Barakallahu fikum..
~mode rindu si kecil Fakhrul Ikhwan di rumah..~
Adab Majlis Ilmu
8 years ago
5 comments:
Bila Farihah sendiri nak ada baby ni?? haihh..
haiihh, Farihah ni...=)
anonymous 1: erk..~ tgh beratur tunggu turn..hehe.. (sape la ni..mcm nani je..hehe..)
anonymous 2: (bkn org yg sama dgn yg atas kan..huhu..)knapa haihh? ada yg salah ke? huhu..
owh, xleh langkah bendul ka??sian tgk Farihah desire nak baby tapi tak mampu lagi.. ``haaiih`..hehehe
bagus baby ni.kecik2 da baca buku.kita y da besaar ni,malas baca buku..haih!!(ikut comment orang2 kat atas ni.hehe)
Post a Comment