Pages

Wednesday, February 16, 2011

Profile and Interview as candidate for SRC 10/11 AHS Constituency

Students' Representative Council 10/11, Allied Health Sciences Constituency

KNOW YOUR CANDIDATES!

"From people for people"
----------------------------------------------------
PROFILE : FARIHAH BT ABDULLAH
COURSE : BACHELOR OF OPTOMETRY (undergraduate)
----------------------------------------------------
Farihah Abdullah was born in 10th Jan at Butterworth. This daughter of Mr. Abdullah b Talib and Mrs. Rosahdah bt Bakar is the third from 5 siblings. They’re all raised up at their home sweet home at Kepala Batas, Pulau Pinang. She first received her formal education from SK Permatang Janggus, Kepala Batas and later to Maktab Mahmud, Alor Star. Her awareness to Islamic education brought her to Darul Quran, Kuala Kubu Baharu, Selangor for certification in Tahfiz. And here she is now in IIUM Kuantan, doing her first degree.

Sr. Farihah believes in herself, which leads her to always have the desire to contribute more towards the community. Her basic principle is that everything she does is not only for her own sake, but also as fruits to others. Her optimistic behavior pilots her to join and conduct many programs that result her to have ample experiences of many positions. She was one of the crew who brought the expedition of “Cambodia 2010 - Reaching for the Needy” into a reality. Nevertheless, she also contributed a lot in organization and management of Malaysia Optometry Students Sports Event 2010 at Pantai Sepat.

HB : What do you feel after being nominated as an SRC candidate?
FA : I think this is a good chance for me to benefit others. I’ll definitely do my best, because I believe this is a path without a U-turn. Once taken, there’s no way back.

HB : Why you want to join SRC, and how do you view it?
FA : For me, SRC is an established body which represents the IIUM students; a body that will hold on to the IIUM students as well as guiding them towards a better life. I believe SRC can take care of the students’ needs of many aspects including academic, welfare and so on, as long as the needs are within limit. I’ ll like to reflect surah Yusuf, verse 55 in which Nabi Yusuf a.s. ask for himself to be the government treasurer as he is a knowledgeable good keeper. Just like him, I want to be in SRC because I believe in my knowledge and ability to carry on the duty.

HB : Don’t you think you’re cooking others’ gooses by participating?
FA : I don’t think so. For me, it’s neither about blocking others’ chances to win nor about the post, but it’s about the mission to be delivered. And since this is like the only way to convey it, so I hop in.

HB : What if you loss?
FA : What we think best for us is not necessarily will be, because Allah swt knows better. If I loss, then I’ll accept the fate.

HB : What is your hope to HEALS members?
FA : Leaders are learners, don't aspect them to be perfect. I hope all will make a smart choice. Your cross will determine your future here, in IIUM.

(HB- HEALS blogger; FA-Farihah Abdullah)
~Wallahu'alam~

source by: http://healstory.blogspot.com/p/src.html

Tuesday, February 15, 2011

Indahnya cinta kekasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim


"Umatku, umatku, umatku.."
..begitulah saat-saat akhir manusia agung,
jiwanya dipenuhi rasa kasih pd ummatnya,
setiap detik hayatnya adalah utk ummatnya...

~Sehebat manapun cinta dan rindu kita kpd manusia, lagi hebat dan agungnya cinta ALLAH dan rindu RASULULLAH kpd kita.~

Satu tika, sedang Rasulullah S.A.W berkumpul di dalam satu majlis bersama sahabat2, tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang mereka tidak senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,"tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Kitakah IKHWAN itu?? |something to ponder|

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wabarik 'alaih.


"Pesanan terakhir Rasulullah"

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wabarik 'alaih.

Friday, February 4, 2011

Saat kejatuhan sekutu Israel?

Farihah Abdullah > Hanisah Abdul Rahman
salam hanisah..how's egypt? risau dgn shbt2 di sana..
February 1 at 9:29pm

Hanisah Abdul Rahman
w'salam, farihah..just dunno how to describe how..maybe here can explain the situation http://english.aljazeera.net/watch_now/
risau jgak dgn mereka. student2 d cairo n iskandariah dah dikumpulkan sbb kt sana kritikal sket..mansura, tanta n zagazig masih selamat n terkawal n dah diarahkan utk bersedia utk di'evacuated' bila2 masa..
February 1 at 10:11pm

1 feb tu, internet dan line telefon di mesir masih dipotong. Tak dapat hubungi mereka di sana, maka saya sekadar boleh bertanyakan khabar di wall fb sahabat yg telah pulang ke Malaysia. Kebetulan pula sekarang mereka sedang bercuti.

Alhamdulillah, harini sebilangan pelajar kita di sana telah berjaya ditempatkan di Jeddah.

Tetapi protes di mesir masih marak. Seluruh dunia kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap krisis di mesir. Kebangkitan rakyat Mesir semakin memuncak dan semalam dilaporkan lebih 8 orang terbunuh manakala lebih 1000 orang cedera.

Nak cerita panjang2 kat sini pun seperti tak perlu. Kerana lebih baik utk melawat laman2 yang memberi akses terus kpd perkembangan di mesir. Lagi sekali, tengoklah di al-jazeera ye, sentiasa updated..

http://english.aljazeera.net/

Kat sini pun boleh jgk.. http://ikhwanweb.com/

Sini pun sama.. http://www.bbc.co.uk/news/

*boleh bg link je la..;-)

ok, yang ni pulak dpt dari www.selangorkini.com.my. sy copy je. kalau larat baca, baca la ye.=) ikuti dan jiwai bagaimana perasaan orang2 di sana..

*************************************************************************************
Thursday, 03 February 2011 | Ruangan: Berita
(Masa yang dinyatakan adalah mengikut waktu Mesir, Malaysia awal 6 jam)

Ikuti laporan langsung yang dipetik melalui sesawang Al-Jazeera.

10.22 am – Laporan dari doktor di Tahrir Square mengatakan lapan lagi telah terbunuh lewat malam tadi.

10.30 am – Al-Jazeera menyiarkan video rakaman dari Tahrir Square.

10.15 am – Penunjuk perasaan di Tahrir Square di Kaherah dilihat memukul penentang pihak lawan sebagai pertembungan berterusan yang berlaku antara pro dan anti Mubarak pada hari kedua mereka.

10.13 am – Robert Fisk mengatakan jalan sepanjang di Kaherah dilimpahi darah dan ketakutan

10.11 am – 62 hak organisasi manusia Mesir memberi amaran terhadap keganasan dalaman berhubung desakan terhadap Presiden Mubarak untuk tinggal di pejabat. Organisasi mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa mereka mengesyaki keseriusan dari apa yang diumumkan Mubarak kerana ia bertepatan denganserangan di Tahrir Square.

9.44 am – Tiada rundingan yang akan dilakukan dengan ahli rejim Mubarak selagi Mubarak tidak berundur

9.43 am – Jurucakap Persatuan Kebangsaan Mesir (Egyptian National Association for Change), yang dipimpin ElBaradei, Hamdy Kadil berkata kepada Al Jazeera bahawa Mubarak secara peribadi akan bertanggungjawab sekiranya ‘pembunuhan’ lain berlaku di Tahrir Square.

9.36 am – Penunjuk perasaan anti-kerajaan mengatakan usaha mereka untuk menggulingkan Presiden Mubarak semakin kukuh sehingga mencetuskan kekerasan yang mengakibatkan lima nyawa terkorban. Ratusan penduduk telah berkemah di Tahrir Square walaupun rusuhan sedang berlaku.

9.33 am – Gerakan Mesir menyeru tentera melindungi penunjuk perasaan yang tidak bersalah.

9.06 am – Penentang Mubarak telah mengubah nyanyian mereka dengan berkata mereka mahukan presiden itu mati digantung atau cuba digantung.

9.04 am – Pro-Mubarak merancang untuk kembali ke Tahrir Square dengan jumlah pengikut yang lebih besar (laporan dari salah seorang penerbit Al Jazeera di Kaherah)

8.55 am – Menteri Kesihatan Mesir, Ahmed SamihFarid mengesahkan lima orang terbunuh dalam serangan keganasan di Tahrir Square, Kaherah. Beliau mengatakan sebahagian besar mangsa korban adalah disebabkan terkena balingan batu dan objek keras seperti batang logam dan kayu. Keseluruhan mangsa yang dihantar ke hospital adalah seramai 836 orang, di mana 86 daripadanya masih dirawat dan lima daripadanya dilaporkan terkorban.

8.42 am – Televisyen kerajaan Mesir mengatakan lima orang terbunuh dan lebih 800 yang tercedera semalam di Tahrir Square.

8.35 am – Aktivis anti-kerajaan, Alaa Abdel Fattah memberitahu Al-Jazeera beliau tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, tetapi jika rakyat bersedia mati untuk itu, beliau yakin mereka tidak dapat dikalahkan.

8.08 am – Demonstrasi anti-kerajaan dan penyokong Presiden Mubarak terus melemparkan batu antara satu sama lain sebaik matahari terbit di Kaherah.

8.02 am – Menurut majalah Foreign Policy, apa yang dilaporkan Al Jazeera adalah bertentangan dengan propaganda autokrat Arab.

7.46 am – Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat mengulangi peringatannya kepada warganegara AS di Mesir

7.37 am – Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan membuat perjalanan ke Tahrir Square untuk hari ke-10 demonstrasi menentang Presiden Mubarak.

7.29 am – Tentera Mesir menahan beberapa penunjuk perasaan di Abdel Munim Riyad di Kaherah. Tiada maklumat jelas tentang asal-usul penentang yang ditahan.

7.24 am – Aktivis hak asasi manusia, Ramy Raoof memberi video terkini tentang suasana di Kaherah menerusi rakaman telefon bimbit yang disiarkan melalui laman web Bambuster.com.

7.15 am – Amerika Syarikat meminta warganya untuk segera meninggalkan Mesir

6.42 am – Tebusan di Tahrir Square berterusan, lima dilaporkan terbunuh.

6.05 am – Gambar secara langsung penentang membaling bom Molotov berdekatan Tahrir Square disiarkan di Al Jazeera

6.03 am – Seorang penunjuk perasaan cedera ditembak di kepala, namun disahkan masih hidup oleh doktor yang bertugas sebelum dirawat di hospital. Doktor mengesahkan tembakan tersebut datang dari penentang pro-Mubar dan bukannya tentera. Salah seorang penentang mengatakan enam orang telah terkorban hari ini, namun doktor pula mengesahkan empat yang terkorban.
*************************************************************************************

Macam mana boleh tiba-tiba jadi cmni???

Tiba-tiba je kan, tup2 kita dengar, eh Mesir ada demo besar-besaran! Kalau secara formalnya, ia bermula pada 25 Januari. Rakyat Mesir bangkit susulan dari kesan revolusi Tunisia, yang turut melakukan perkara yg sama kpd pemerintahnya. (eh bila pulak, x dengar ape2 pun? okey, nnt kita try cari k..=) Jom try baca kronologi krisis Mesir di bawah ni.

Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir bangkit memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM tidak boleh digunakan.

Jumaat, 28 Jan 2011 - Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warganya meninggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.

Harini (4 Feb 2011),protes dah masuk hari ke-11. Dan selepas solat jumaat tadi, telah diadakan satu himpunan yang bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.Himpunan hari ini selain daripada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, ia disertai kira-kira 50 NGO di negara ini.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa ‘memaksa’ Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Krisis Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa di Tunisia. Dua orang membakar diri di depan bangunan parlimen Mesir ekoran tidak tertahan dengan tekanan hidup. Kadar pengangguran tinggi dan pendapatan rakyat marhaen yg sangat rendah, sedangkan golongan berada terus meningkat pendapatan mereka.

GDP Mesir dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa dalam pengurusan ekonomi. Hosni Mubarak juga sentiasa menggunakan unsur2 aman, damai dan selesa dalam media perdana.

Pada hakikatnya, rakyat marhaen semakin tertekan, kuasa membeli barangan keperluan dan makanan semakin mengecil. Kadar pengangguran meningkat, malahan kediaman seperti rumah di Mesir berada pada paras harga yang tidak termampu dibeli oleh rakyat marhaen dan golongan pertengahan.

Seperti yang ramai sedia maklum juga, Mesir seperti musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan kerana telah menyekat bantuan yang hendak disalurkan ke Semenanjung Gaza. Nah,sekarang rakyat telah bersuara!

Tetapi degilnya Hosni ni MasyaAllah..isy3..

Hosni Mubarak bersumpah tidak akan melepaskan jawatannya,Israel tentunya akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kpd Hosni. Lagi pula, tentulah mereka juga bimbang akan kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir. Kemungkinan mereka akan membekalkan senjata utk membantu pihak keselamatan meleraikan demonstrasi rakyat. Rakyat pula bersumpah "RAKYAT AKAN MATI, TAPI MESIR AKAN TERUS HIDUP"...Apakah Tsunami berdarah yg akan melanda rakyat Mesir atau halilintar drp rakyat yg akan menyambar jasad Hosni Mubarak. Sama2 doakan Kemenangan Ummat!!!
 
Copyright 2009 Permukiman Fana. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase