Ceritera setahun, manakan mampu untuk dicoretkan semuanya dalam satu ruangan bicara sesempit ini sahaja. Sungguh terasa waktu berputar tersangat pantas, setahun itu seakan tidak cukup untuk menyelami hati budi masing-masing.
Suka duka, pahit manis, bahagia lara keluarga kecil kita, segalanya kini tinggal dalam lipatan sejarah. Dan sejarah itu, takkan mungkin lupus begitu sahaja, ia akan tetap menjadi memori terindah dalam hidup ini. Akan dikenang selagi Allah rezekikan akal yang waras dan umur yang panjang.
Terima kasih untuk mereka yang telah mewarnai hidup ini dengan begitu indah sekali.
Maaf untuk segala khilaf dari diri yang serba tidak sempurna ini. Telah berlalu setahun yang bermakna, masih terasa bahawa diri ini tidak menjalankan tenggungjawab dengan sebaiknya. Untuk kebajikan yang tidak terjaga, tanggungjawab yang dilepas pandang, program yang tidak dihadiri, marah yang tidak disedari, sakit yang tidak dipeduli, kecil hati yang tidak difahami, seribu maaf, maaf dan maaf dipinta...
Jiwa besar dan semangat tinggi yang telah kita bina bersama, moga-moga tidak akan pernah pudar ditelan zaman. Selamat meneruskan perjuangan di medan masing-masing dan semoga terus istiqamah untuk Islam.
Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka yang telah memaknakan hidup ini! Moga Allah redha dengan segala apa yang telah kita lakukan, dan semoga ia akan menjadi saham untuk kehidupan yang lebih abadi di akhirat kelak. HEALS 11/12 akan sentiasa dalam ingatan. :)
Things end. The tears dry. The smiles fade. But the memories last forever. :) |
Quote: Do the work others aren't willing to do. And you'll get the things others will never have.
P/s: Selamat meneruskan perjuangan kepada yang masih memegang tampuk pemerintahan di dalam HEALS. Terus bersabar dan tetapkan hati, semoga jalan yang dipilih ini kelak mampu untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Muslim yang bertaqwa :)
3 comments:
Nie kalau baca balik selepas 5 tahun mesti menitiskan air mata.. simpan leklok deh..^_^
dirimu begitu hebat dan concern terhadap anak2 buah walaupun xda bapak =)
xda bapak? hehe, syud2..dah start rindu la, walaupun x smpai 24 jam berpisah..huhu
Post a Comment