~Santai di hujung minggu~
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali, first and foremost, saya declare diri saya ni tak rajin pun nak menulis, apatah lagi nak membersihkan sawang2 kat sini.~
Kedua, dah lebih 9 bulan kan tak menulis kat sini (orang yang mengandung dah bersalin dah ni..haihh..), hari ni sekadar mencoret rasa, jika ada yg ingin dikongsi di sini dirasakan bermanfaat, mungkin boleh sama2 ambil pengajaran. :-)
Ok, first, have a look at the picture below:
Sape boleh teka gambar ni cut dari drama apa? Yesss, betul! Team Medical Dragon, my favorite drama. :-) Apa point yg nak disampaikan dlm gambar kat atas ni?
"If anyone leaves we can continue running, that's a real team"
Walau ditinggalkan sesiapa, kita akan tetap berjuang. Itulah pasukan sebenar (tak reti nk translate bg ayat sedap2..huu)
Alkisahnya, Dr.Asada ni ialah main surgeon dlm team ni, terjatuh bangunan kerana nak menyelamatkan seorg pesakit yg nak bunuh diri. Akibatnya, dia terlantar dan tak dapat teruskan satu surgery yg sgt penting. Maka Dr. Kato ni pun keluarkan lah ayat di atas ni, kerana mereka satu team nak berjuang esoknya utk pembedahan tersebut, yg sgt high risk utk fail. But at the end, the surgery is success! -biasa lah cerita kan..but their story is amazingly motivated.
So, now, berbalik kepada point asal. Kenapa ia memotivasikan saya skrg? Kerana ia sgt2 lah kena dgn situasi yg sdg dialami skrg, apabila sebelum ini ada seorg yg mengetuai team ini pergi meninggalkan kita utk mengemudi "kapal" yg masih lagi sdg berlayar ini. Yg semakin byk rintangan walau destinasi persinggahan bakal tiba. Ia sangat mencabar! Namun, harus sentiasa percaya ada rencana yg sdg Allah aturkan. Anyway, I'm not telling the full story :) I just want to believe in myself that I'll surely do it with all my best.
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami… (Surah Al-Baqarah :286).
Smg dgn ruang dan peluang yg disediakn ini, dapat menjadi medan muhasabah sejauh mana amanah dan kepercayaan yg telah diberi dilaksanakan sebaiknya. Mengharapkan redha Ilahi sentiasa mengiringi liku2 jalan kehidupan ini.
Selagi kudrat bersisa,
Selagi masa berbaki,
Peluang usah dipersia,
Semoga Allah berkati.
-The End- mari berselawat dan beristighfar bersama-
No comments:
Post a Comment