Pages

Friday, November 23, 2012

Learn from the spirit of Gaza


Bismillahirrahmanirrahim...

Another weekend is coming! what's your plan in this weekend? Oh, going to the cinema for Twilight Breaking Down 2? Ahha, spending time with friends at McD? Or just staying up in the room, watching the downloaded Korean movies?

Sebelum itu.
  • Apa khabar ya Gaza hari ni? 
  • Sudah makankah anak2 kecil mereka hari ini? Ada tak bekalan buka puasa mereka utk hari ini?
  • Di mana mereka tidur malam tadi?
Ya benar, semalam Israel dan Hamas masing2 telah membuat perjanjian gencatan senjata. Selepas 8 hari episod duka lagi menyayat hati yg telah mengorbankan 161 syuhada Palestine dan 5 orang rakyat Israel, apa yang telah kita di sini lakukan? Telah berakhirkah segalanya dengan perjanjian gencatan senjata tersebut? Terbayarkah darah yang telah tumpah?

Dalam menyelami kisah perit Gaza ini, terlalu banyak yang boleh kita pelajari. Bagaimana tentera al-Qassam merekrut tenteranya, bagaimana tingginya tahap kesabaran dan tawakkal mereka dan bagaimana usaha keras mereka mempertahankan tanah suci Palestin. Juga, kita dapat lihat begitu tegar Israel si sekutu Amerika ini memusnahkan impian anak-anak kecil yang dahagakan kasih sayang dan belaian ibu ayah mereka, melenyapkan harapan para ibu untuk mendidik anak-anak mereka sebaiknya sehingga dewasa, dan menerbitkan rasa benci umat Islam kepada kerakusan sang zionis.

Al-Fatihah utk para syuhada Palestine. Tenanglah kalian di persinggahan abadi. Sesungguhnya mereka tidak mati, mereka hidup di sisi Allah.

"Dan jangan sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Ali-Imran:169)

Gaza under attack! What can I do?

Picture taken from fb Amin Idris

Buat teman2, mari kita sama-sama belajar dari semangat juang Gaza. Cuba untuk aplikasikan dalam ruang lingkup kehidupan seharian kita. Moga di medan perjuangan yang berbeza ini, Allah yang Maha Pemurah akan mengganjarkan pahala atas segala usaha dan penat lelah kita. Ayuh berusaha baiki diri ke arah kebaikan! :)

#PrayForGaza

Saturday, November 3, 2012

A Real Team

~Santai di hujung minggu~

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali, first and foremost, saya declare diri saya ni tak rajin pun nak menulis, apatah lagi nak membersihkan sawang2 kat sini.~

Kedua, dah lebih 9 bulan kan tak menulis kat sini (orang yang mengandung dah bersalin dah ni..haihh..), hari ni sekadar mencoret rasa, jika ada yg ingin dikongsi di sini dirasakan bermanfaat, mungkin boleh sama2 ambil pengajaran. :-)

Ok, first, have a look at the picture below:


Sape boleh teka gambar ni cut dari drama apa? Yesss, betul! Team Medical Dragon, my favorite drama. :-) Apa point yg nak disampaikan dlm gambar kat atas ni?

"If anyone leaves we can continue running, that's a real team"

Walau ditinggalkan sesiapa, kita akan tetap berjuang. Itulah pasukan sebenar (tak reti nk translate bg ayat sedap2..huu)

Alkisahnya, Dr.Asada ni ialah main surgeon dlm team ni, terjatuh bangunan kerana nak menyelamatkan seorg pesakit yg nak bunuh diri. Akibatnya, dia terlantar dan tak dapat teruskan satu surgery yg sgt penting. Maka Dr. Kato ni pun keluarkan lah ayat di atas ni, kerana mereka satu team nak berjuang esoknya utk pembedahan tersebut, yg sgt high risk utk fail. But at the end, the surgery is success! -biasa lah cerita kan..but their story is amazingly motivated. 

So, now, berbalik kepada point asal. Kenapa ia memotivasikan saya skrg? Kerana ia sgt2 lah kena dgn situasi yg sdg dialami skrg, apabila sebelum ini ada seorg yg mengetuai team ini pergi meninggalkan kita utk mengemudi "kapal" yg masih lagi sdg berlayar ini. Yg semakin byk rintangan walau destinasi persinggahan bakal tiba. Ia sangat mencabar! Namun, harus sentiasa percaya ada rencana yg sdg Allah aturkan. Anyway, I'm not telling the full story :) I just want to believe in myself that I'll surely do it with all my best.


“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami… (Surah Al-Baqarah :286).


Smg dgn ruang dan peluang yg disediakn ini, dapat menjadi medan muhasabah sejauh mana amanah dan kepercayaan yg telah diberi dilaksanakan sebaiknya. Mengharapkan redha Ilahi sentiasa mengiringi liku2 jalan kehidupan ini.

Selagi kudrat bersisa,
Selagi masa berbaki,
Peluang usah dipersia,
Semoga Allah berkati.

-The End- mari berselawat dan beristighfar bersama-
 
Copyright 2009 Permukiman Fana. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase