Pages

Friday, December 30, 2011

Exam Datang Lagi!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem, tak tau mimpi apa yang boleh menggerakkan jari ni nak menaip hari ni..:)

Apa-apapun, takpe la, tinggalkan dulu kesepian 10 bulan yg lalu..(err, 10 bulan?? ish3..)

Today is the last day of 2011..31st December 2011..End Year Sale mesti tengah melanda kat semua tempat kan? Tapi kat sini, we're all striving in the exam mode...Exam of final semester 1 session 2011/2012.. By the way, takde ape yg perlu dibanggakan pun dgn end year of masihi ni..Tahun baru Islam dah masuk bulan kedua dah..azam tahun baru sepatutnya dah setup awal muharram haritu lagi..umur semakin bertambah, amal macam mana?? :))(taknak cerita panjang pasal tahun baru, lari topic pulak..:))

Ahha, ada semangat berkobar2 nak study dgn lebih tekun lepas baca tulisan blog Ust Hasrizal, "Jenayah Akademik Aktivis Dakwah". Dah lama dah tulisan ni, tahun 2008 lagi..terima kasih kpd yg sudi berkongsi..better late than never..huhu

Part menarik yg sgt buat hati ni tertarik, (semua nya menarik, tp the cream of the cream part lah katakan..):

"Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam."

Ada lagi satu part:

"BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.

Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.

Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.

Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.

Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi."

Serius, terus mcm disuntik semangat baru! Optimist utk berjaya, in all aspects! Chaiyok!

Ok, now focus utk exam. Baru lepas 1, ada lagi 9 yg menanti. terfikir gak apesal saya punya exam banyak sgt x mcm org lain, tapi, in fact, itu lah cabaran! always be positive! :)

Cerita la sikit, buat kenangan nanti2..^^ Exam yang dah lepas: skill dispensing..Alhamdulillah berhasil siapkan one bifocal full frame spect in 30 minutes. rasa decentration dah silap, tapi takpe lah, at least siap jugak lepas dh berhempas pulas..satisfied. :)

Next are:
1st January 2012: Tahfiz 5 (first day of 2012..:)
3rd Jan: Clinical Optometry 3 & Dispensing 2 (tak sah kalau xde 2 papers in a day stp kali exam)
4th Jan: Skill test Clinical Optom (err, yg ni yg paling cuak)
6th Jan: Ocular Disease 2
9th Jan: Clinical Binocular Vision
10th Jan: Paediatric Optometry (having exam on my birthday..huhu)
12th Jan: English for Academic Writing
Lastly..hehe..Epidemiology and Research Methodology on 13th Jan

Erm, sudah2 la kot cerita timetable exam ni. lagi tulis, lagi cuak. by the way, doa banyak2, moga dipermudahkan dan diberi kelapangan menjawab exam ni. Usaha sehabis baik, ok!

Ok lah, sbg penutup, sy tinggalkan dgn ayat ni:

"Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]

Wallahu a'lam..

p/s: tak sabar nak habis exam. nak balik jumpa org2 yg tersayang! ^^
 
Copyright 2009 Permukiman Fana. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase